10 kampung Tanah Merah dilanda banjir
Iklan
Tangkap layar siaran langsung oleh pengguna TikTok akaun Datorizal memaparkan penduduk meredah banjir.
TANAH MERAH - Sebanyak 10 kampung terletak kawasan rendah di daerah ini dinaiki banjir sehingga 0.7 meter pada gelombang ketiga Monsun Timur Laut (MTL) di sini pada Ahad.
Kampung terlibat antaranya Kampung Batu Gajah, Bendang Nyiur, Klewek, Gual Ipoh, Batu 5, Felda Kemahang, Jedok Tua, Batang Merbau, Batu 8 dan Manal.
Iklan
Iklan
Penduduk yang membuat siaran langsung di TikTok melalui akaun Datorizal berkata, hujan bermula pada jam 8 malam Sabtu itu menyebabkan air naik mendadak di Kampung Batu Gajah.
Keadaan arus deras banjir di Kampung Batu Gajah, Tanah Merah pada Ahad.
"Hujan seterusnya lebat pada jam 3 pagi Ahad serta masih berterusan hingga kini.
Iklan
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba Mohd Zulkifli Osman berkata, pihaknya kini memantau rapi kawasan-kawasan di 10 kampung yang sedang dinaiki air.
"Hujan lebat menyebabkan limpahan dari Sungai Jedok dan mengalir deras ke kampung-kampung terlibat namun belum ada usaha pindah penduduk secara rasmi setakat jam 2.20 petang Ahad.
Iklan
"Pihak kami menasihatkan mereka supaya berhati-hati dan patuhi arahan berpindah oleh pihak berkuasa jika diarahkan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah'"><meta itemprop="description" content=""Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah. Biar terpaksa bangun seawal jam 5 pagi, kami sanggup daripada meredah hutan dalam kegelapan."
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SesiPersekolahan #Keretaapi #Kelantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-11T09:29:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/Zot381fOss2ed4rQn/x120"><meta itemprop="duration" content="P217S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xjjyg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xjjyg"></script>