PASUKAN silambam Malaysia merangkul 12 pingat emas sekali gus muncul juara keseluruhan di Kejohanan Silambam Terbuka Asia di Qatar semalam.
Presiden Persatuan Silambam Malaysia, Dr M Suraess berkata, enam atlet negara mempamerkan aksi cemerlang dengan masing-masing menyumbangkan dua emas menerusi kategori kemahiran individu dan tempur di Kompleks Sukan Doha.