Mayat misteri ditemui pada roda pesawat

Iklan
Siasatan telah dilancarkan ke atas insiden itu. - Foto Agensi

HONOLULU - Mayat tidak dikenali ditemui pada ruang roda pesawat milik United Airlines sejurus ia mendarat di Pulau Hawaii, Amerika Syarikat (AS) pada awal minggu lalu.

Penemuan mayat tersebut dibuat pada salah satu bahagian yang menempatkan gear pendaratan penerbangan 202 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chicago O'Hare ke Lapangan Kahului.

Iklan
Iklan

"Bahagian tersebut hanya boleh diakses dari luar pesawat. Tidak diketahui bagaimana individu tersebut boleh masuk ke ruang tersebut,” ujar syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Menurut United, mereka kini sedang bekerjasama dengan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) untuk melancarkan siasatan menyeluruh terhadap insiden itu.

Iklan

Penumpang tak diundang di bahagian roda dan ruang kargo berisiko mengancam nyawa mereka kerana terpaksa menghadapi suhu antara -50 dan -60 darjah Celsius selain kekurangan bekalan oksigen.

Hanya segelintir yang bernasib baik untuk tiba di destinasi.

Iklan

Pada tahun lalu, seorang individu yang ‘menumpang’ pesawat pengangkut Algeria ditemui masih hidup sejurus ia mendarat di Paris. - Agensi