Anwar, Thaksin bincang isu kritikal serantau
Iklan
Anwar (kanan) bertemu Thaksin pada Khamis.
SHAH ALAM - Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mantan Perdana Menteri Thailand, Dr Thaksin Shinawatra berjalan lancar pada Khamis seperti yang dijadualkan.
Sebelum ini, Anwar sepatutnya berjumpa dengan Presiden RI Prabowo Subianto pada Isnin lepas di Pulau Langkawi namun dibatalkan kerana difahamkan Prabowo tidak sihat.
Iklan
Iklan
Menerusi pertemuan itu, Anwar dan Thaksin membincangkan beberapa isu kritikal serantau.
Kata Anwar, ia merangkumi usaha melonjak ekonomi, perkembangan teknologi baharu, merintis usaha damai di Selatan Thailand dan merungkai krisis di Myanmar.
Iklan
"Ia juga dapat membuka peluang-peluang penting buat Malaysia dan ASEAN.
"Saya telah bertemu sahabat baik, Thaksin semalam dan mengadakan perbincangan panjang lebar terkait beberapa perkara penting termasuk peranan beliau selaku penasihat tidak rasmi kepada Pengerusi ASEAN,"ujarnya menerusi laman Facebook pada Jumaat.
Iklan
Beliau memberitahu, kedua-dua pihak juga bertukar pandangan terkait usaha memperkukuh hubungan persahabatan Malaysia-Thailand.
Jelasnya, perkara itu selaras visi dan persefahaman seperti mana yang beliau kongsikan bersama-sama Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra.
"Kami berkongsi kepercayaan yang sama sejak puluhan tahun lalu bahawa Malaysia dan Thailand berupaya mencipta pelbagai kejayaan bersama untuk kedua-dua negara dan rantau ini.
"Insya-ALLAH, saya dan Thaksin komited untuk merealisasikan hasrat ini," ulasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>