BEIJING - China melahirkan rasa tidak puas hati dan bantahan tegas terhadap siasatan Seksyen 301 Amerika Syarikat (AS) ke atas dasar China dalam industri semikonduktor, lapor Xinhua.
Menurut Kementerian Perdagangan pada Isnin, siasatan itu dikatakan akan mengganggu dan memutarbelitkan rantaian industri serta bekalan semikonduktor global, selain merugikan kepentingan perniagaan dan pengguna di AS.