WASHINGTON - Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu, lapor Xinhua.
Trump berkata, aplikasi perkongsian video popular itu mungkin telah membantu menarik pengundi utama dalam pilihan raya presiden, dan menyatakan kemungkinan untuk mengekalkan TikTok beroperasi untuk sementara waktu.