Usahawan Islam wajib bayar zakat perniagaan
Iklan
Peniaga dan usahawan Islam yang menjalankan perniagaan di Pulau Pinang diwajibkan membayar zakat perniagaan kepada ZPP - Gambar hiasan, gambar kecil: Dr Mohd Sukki
GEORGE TOWN - Peniaga dan usahawan Islam yang menjalankan perniagaan di Pulau Pinang diwajibkan membayar zakat perniagaan kepada Zakat Pulau Pinang (ZPP).
Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, ketetapan itu diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2024 yang telah bersidang pada 10-12 September 2024 lalu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kaedah pengiraan zakat perniagaan adalah berdasarkan kaedah yang ditetapkan oleh pihak ZPP.
Selain itu, katanya menerusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil 2/2019 yang telah bersidang pada 17 September 2019 memutuskan hukum pembayaran zakat kepada amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) adalah wajib.
Iklan
"Bayaran zakat secara terus kepada asnaf yang layak adalah sah namun perbuatan membelakangkan amil yang dilantik oleh MAINPP adalah berdosa dan menyalahi hukum syarak.
"Haram memindahkan zakat ke luar negeri Pulau Pinang berdasarkan maslahah semasa kerana ia menafikan hak dan menjejaskan keperluan asnaf,"katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.
Iklan
Mengulas lanjut, Dr Mohd Sukki berkata, Islam menganjurkan agar zakat diagihkan kepada golongan asnaf di tempat rezeki diperoleh.
Beliau berkata, ia bertujuan memastikan asnaf setempat mendapat manfaat langsung daripada kutipan zakat tersebut.
"Keputusan ini diambil selaras dengan usaha memastikan kebajikan masyarakat asnaf di Pulau Pinang, terutama dalam konteks negeri ini yang merupakan hab pelaburan tinggi dan mempunyai potensi kutipan zakat yang besar,"jelasnya.
Dalam pada itu, beliau menyeru semua pihak, khususnya para pekerja dan majikan di sektor industri, agar memastikan zakat harta, pendapatan, dan perniagaan dibayar melalui saluran yang sah di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Katanya, langkah ini bukan sahaja memenuhi tanggungjawab hukum syarak, tetapi juga menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi masyarakat asnaf di negeri ini.
Selain itu, katanya, MAINPP juga akan meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan serta sektor industri untuk memberi kefahaman dan galakan kepada pekerja dan majikan tentang kepentingan pembayaran zakat di tempat rezeki diperoleh.
"Saya berharap semua pihak dapat memahami dan mematuhi ketetapan ini sebagai tanda komitmen terhadap pengurusan zakat yang lebih telus dan berkesan.
"Semoga usaha kita semua diberkati ALLAH SWT dan terus memperkukuhkan pembangunan ummah di Pulau Pinang," katanya.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.