Anwar akan bertemu Prabowo, Thaksin bincang isu serantau, ASEAN
Iklan
Anwar menjawab pelbagai soalan berkaitan kerajaan dan isu semasa dalam sidang media yang diadakan di Subang Jaya, pada Sabtu. Foto Bernama
SUBANG JAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan dua tokoh penting iaitu Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dalam masa terdekat.
Menurutnya, perjumpaan dengan Prabowo akan diadakan di Langkawi pada 23 Disember ini untuk membincangkan beberapa perkara dua hala dan berkaitan mesyuarat ASEAN.
Iklan
Iklan
"Pertemuan dengan Thaksin yang juga penasihat tidak rasmi untuk membantu Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan pula akan berlangsung pada 26 Disember ini, juga di Langkawi.
"Saya akan berjumpa dan berbincang tentang peranannya secara teliti kerana beliau mempunyai kekuatan daripada segi hubungan baiknya dengan beberapa pemimpin ASEAN dan pengalamannya yang luas," katanya semasa sidang akhbar yang diadakan di Dorsett Grand Subang, di sini pada Sabtu.
Iklan
Pada 16 Disember lalu, Anwar memaklumkan Thaksin dilantik sebagai anggota kumpulan penasihat tidak formal kepada Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Jelasnya, Malaysia memerlukan tokoh seperti Thaksin untuk berkongsi kepakaran serta idea kepada Pengerusi ASEAN berkenaan isu serantau.
Iklan
"Beliau mempunyai pengalaman, khasnya membantu dalam menyelaras isu Myanmar. Penglibatan Thaksin sebagai penasihat adalah satu pendekatan yang strategik.
"Bagaimanapun, kedudukan beliau adalah sebagai penasihat bersama pasukannya kepada saya sebagai Pengerusi ASEAN dan ia tidak struktur formal ASEAN,” jelasnya.
Malaysia menerima tugas sebagai Pengerusi ASEAN bagi 2025 daripada Laos.
Ini kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN sepanjang sejarah keanggotaan dalam blok serantau itu iaitu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>