Rizab Antarabangsa BNM susut kepada AS$118.1 bilion pada 13 Disember
Iklan
Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$118.1 bilion pada 13 Disember 2024, berbanding AS$118.3 bilion pada 30 November 2024.
KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$118.1 bilion (AS$1=RM4.50) pada 13 Disember 2024, berbanding AS$118.3 bilion pada 30 November 2024.
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Iklan
Iklan
Komponen utama rizab tersebut ialah rizab mata wang asing (AS$105.1 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$6 bilion), emas (AS$3.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.4 bilion).
Jumlah aset berjumlah RM597.36 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM484.97 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.81 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM7.91 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.14 bilion), tanah dan bangunan (RM4.57 bilion) dan aset lain (RM60.97 bilion).
Iklan
Iklan
Bank pusat itu berkata, jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM597.36 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM178.08 bilion), mata wang dalam edaran (RM167.59 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM132.18 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM10.17 bilion), deposit lain (RM66.49 bilion), kertas Bank Negara (RM11.80 bilion), peruntukan SDR (RM27.22 bilion), dan liabiliti lain (RM3.73 bilion). - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>