191,832 pelarian, pemohon suaka di Malaysia setakat September
Iklan
Zaliha Mustafa. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Seramai 191,832 pelarian dan pemohon suaka didaftarkan oleh Pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia setakat September lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, daripada jumlah itu, negara tertinggi ialah Myanmar seramai 168,813 orang atau 88 peratus diikuti Pakistan 5,755 (tiga peratus).
Iklan
Iklan
Yaman pula merekodkan 3,837 orang (dua peratus) manakala Afghanistan dan Somalia masing-masing lebih kurang 1,918 (satu peratus).
"Pelarian dan pemohon suaka berasal dari lain-lain negara merangkumi lima peratus daripada keseluruhan pelarian dan pemohon suaka yang berada di Malaysia," katanya dalam jawapan bertulis yang dimuat naik di laman sesawang Parlimen hari ini.
Iklan
Beliau menjawab soalan Senator Rita Sarimah Patrick Insol yang meminta kerajaan menyatakan bilangan pelarian daripada pelbagai negara berada di Malaysia pada ketika ini dan apakah rancangan untuk menangani masalah sosioekonomi yang timbul akibat keberadaan pelarian itu.
Dr Zaliha berkata, kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada masa kini mengguna pakai Arahan MKN No. 23: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka (semakan 2023) yang ditandatangani Perdana Menteri pada 14 Jun 2023 bagi mengurus dan menyelia segala perihal berkaitan pelarian dan pemohon suaka di Malaysia.
Iklan
Beliau berkata, arahan itu merangkumi mekanisme pengurusan pelarian dan pemohon suaka, perincian penentuan status pelarian oleh kerajaan, penguatkuasaan undang-undang kepada pelarian dan pemohon suaka dan sistem sokongan sosial yang akan diberikan kepada golongan berkenaan.
"Sebelum mekanisme pelaksanaan di bawah Arahan MKN No. 23 ini dapat dilaksanakan, kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri perlu membangunkan sistem pendaftaran pelarian yang akan digunakan khusus untuk pendataan golongan ini di Malaysia.
"Dokumen ini bertujuan mendapatkan pendataan bagi mengurus pelarian dan pemohon suaka yang berada dalam negara," katanya.
Dr Zaliha berkata, melalui pendataan itu, kerajaan mampu untuk mengawal serta memantau penglibatan dan aktiviti dijalankan oleh pelarian sekali gus menangani masalah sosioekonomi yang timbul.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>