Runtuhan tebing Sungai Kelantan: Bomba lakukan pemantauan berkala

Iklan
Keadaan kawasan runtuhan tebing Sungai Kelantan berhampiran sebuah pangsapuri dan pusat penginapan ketika tinjauan pada Isnin. Foto Bernama

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan akan membuat rondaan secara berkala untuk memantau pergerakan tanah di tebing Sungai Kelantan berdekatan sebuah pangsapuri dan hotel di Jalan Post Office Lama, di sini yang runtuh semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Kelantan, Mohd Wildan Azhari berkata, pemantauan itu dilaksanakan sebagai langkah berwaspada sekiranya terdapat sebarang kemungkinan berlaku runtuhan lagi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, Balai Bomba Kota Bharu akan melakukan pemantauan di kawasan runtuhan dan bomba juga telah memasang pita keselamatan sebagai amaran untuk orang awam tidak menghampiri kawasan berisiko itu.

"Pihak bomba ingin menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak berada berdekatan kawasan berkenaan kerana khuatir masih terdapat pergerakan tanah sekali gus akan mengundang risiko kepada orang ramai,” katanya kepada Bernama pada Selasa.

Iklan

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berada berdekatan kawasan berkenaan kerana khuatir masih terdapat pergerakan tanah. Foto Bernama

Tinjauan Bernama hari ini mendapati masih ada orang awam yang mengambil kesempatan meninjau lokasi runtuhan walaupun pihak berkuasa telah meletakkan pita keselamatan termasuk merakam video dan gambar serta membuat live (siaran langsung) melalui aplikasi TikTok.

Iklan

Sementara itu, pemilik D’ Ridel Cafe, Muhammad Adam Luqman Mazlan, 26, berkata, kedai makan miliknya yang terletak kira-kira 200 meter dari kawasan tebing runtuh itu masih beroperasi seperti sediakala memandangkan beliau masih tidak menerima arahan penutupan premis.

"Sejak saya beroperasi lebih 10 tahun, kejadian runtuhan ini merupakan yang pertama berlaku berdekatan dengan premis makanan saya. Alhamdulillah, setakat ini kedai saya masih selamat untuk beroperasi.

"Bagaimanapun, saya berharap runtuhan tebing berkenaan akan mendapat penyelesaian daripada pihak berkuasa dan pihak bertanggungjawab dengan kadar segera kerana saya khuatir sekiranya berlaku kejadian yang lebih buruk nanti,” katanya.

Bernama semalam melaporkan satu runtuhan sepanjang hampir 50 meter berlaku di tebing Sungai Kelantan berdekatan sebuah pangsapuri dan hotel di Jalan Post Office Lama di sini kira-kira 1 tengah hari semalam.

Runtuhan itu menyebabkan laluan pejalan kaki dan rekreasi turut runtuh pada ketinggian hampir 10 meter. - Bernama