Tindakan SAPP keluar PN tepat, sering keluar kenyataan bertentangan - Bersatu Sabah
Iklan
Mesyuarat BPN yang diadakan pada Sabtu lalu.
KOTA KINABALU - Tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) keluar daripada Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tepat susulan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin utama parti itu dilihat bertentangan dengan hasrat dan aspirasi PN di Sabah.
Setiausaha Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Yunus Nurdin berkata, mesyuarat Badan Pimpinan Negeri (BPN) yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pada Sabtu lalu telah memutuskan untuk menerima pemakluman SAPP keluar daripada PN.
Iklan
Iklan
Yunus
"Keputusan PN ini adalah tepat kerana tindakan dan kenyataan-kenyataan SAPP melalui Presidennya (Datuk Seri Yong Teck Lee) yang bertentangan dengan hasrat dan aspirasi PN di Sabah.
"Mereka terbukti bukan rakan juang PN untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Mesyuarat merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada SAPP," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Iklan
Selain itu, Yunus memaklumkan dalam mesyuarat itu turut membincangkan persiapan PN untuk menghadapi PRN Sabah bagi memantapkan jentera pilihan raya Bersatu dan PN di semua peringkat.
"Bersatu akan mulakan perbincangan agihan kerusi yang akan dipertandingkan PN dengan parti-parti gabungan PN dalam masa terdekat ini," katanya.
Iklan
Menurut beliau, PN Sabah ketika ini dianggotai oleh Bersatu, Pas, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).
Sebelum itu, Teck Lee dalam kenyataannya mengumumkan SAPP secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik PN dan keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi parti pada 23 November lalu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN yakin isu penggantungan aktiviti selesai dalam dua minggu"><meta itemprop="description" content="PN yakin isu penggantungan aktiviti selesai dalam dua minggu
Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan penjelasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dalam tempoh dua minggu bagi menjawab notis tunjuk sebab yang diterima gabungan itu pada 22 September lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya kini sedang berbincang bagi menyediakan jawapan dan penjelasan kepada RoS dalam tempoh ditetapkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797924/berita/politik/pn-beri-penjelasan-kepada-ros-dalam-tempoh-dua-minggu---takiyuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T06:26:53.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P23S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd833m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd833m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd833m"></script>