Polis kesan taktik menipu menyamar sebagai wakil agensi kerajaan
Iklan
Polis Kedah mengesan kes penipuan menyasarkan pemilik perniagaan dengan cara suspek menyamar sebagai agensi kerajaan bagi mendapatkan sebut harga peniaga.
ALOR SETAR - Polis Kedah mengesan kes penipuan menyasarkan pemilik perniagaan dengan cara suspek menyamar sebagai agensi kerajaan bagi mendapatkan sebut harga peniaga.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintenden Loi Yew Lik berkata, modus operandi dilakukan dengan cara suspek bersetuju dengan tawaran perkhidmatan pemilik perniagaan namun dengan syarat perlu berurusan dengan pembekal terpilih sahaja yang juga diatur suspek.
Iklan
Iklan
"Sejak kebelakangan ini terdapat kes penipuan menyasarkan perkhidmatan perniagaan dengan cara menyamar sebagai agensi kerajaan sebagai modus operandi memperdaya mangsa mendapatkan sebut harga daripada peniaga.
"Suspek memperdaya mangsa dengan cara menawarkan perniagaan melalui satu sebut harga perkhidmatan perniagaan untuk menyediakan bekalan kerajaan seterusnya melantik mangsa menguruskannya," katanya dalam satu kenyataan.
Iklan
Dalam masa sama, suspek juga akan memaklumkan untuk meneruskan perkhidmatan tersebut, bekalan perlu melalui pembekal yang dilantik suspek.
Mangsa hanya menyedari ditipu setelah bayaran dibuat kepada pembekal terbabit dan suspek gagal dihubungi selepas itu.
Iklan
"Polis Kedah menerima empat laporan polis melibatkan penipuan perkhidmatan, termasuk penipuan menyasarkan perkhidmatan perniagaan katering untuk satu majlis menggunakan nama agensi kerajaan dengan kerugian keseluruhan sebanyak RM64,850.
"Hasil siasatan mendapati sindiket ini akan menempah makanan dalam kuantiti banyak untuk satu majlis secara dalam talian dengan menyamar sebagai agensi kerajaan," katanya.
Beliau berkata, mangsa merupakan pemilik perniagaan katering di Kedah telah berurusan melalui panggilan telefon membuat tempahan makanan dan cenderahati di mana kos cenderahati perlu dibayar mangsa kepada pembekal lain yang juga adalah suspek.
Kata beliau, mangsa dijanjikan bayaran penuh bagi tempahan katering dan cenderahati terus kepada mangsa.
"Mangsa akhirnya menyedari majlis yang dirancang tidak wujud walaupun bayaran telah dibuat kepada pembekal selain membuat semakan dengan agensi terlibat," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Polis menasihati orang ramai berhati-hati apabila berurusan atas talian dan boleh buat semakan di laman web https://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat apa-apa bayaran serta hubungi CID Scam Response Centre talian 03-26101559 atau 03-26101599 jika merasakan telah menjadi mangsa penipuan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.