Jangan lakukan provokatif, pamerkan di media sosial: Mujahid

Iklan
Mujahid

KUALA LUMPUR - Semua pihak diingatkan supaya tidak melakukan tindakan yang bersifat provokatif dan mempamerkannya di media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, tindakan provokatif seperti menghina agama Islam serta kitab suci al-Quran merupakan tindakan serius yang tidak boleh dikompromi sama sekali.

Iklan
Iklan

"Saya yakin pihak polis sentiasa bertindak tegas dan segera kepada mana-mana aduan yang dibuat melibatkan jenayah menghina Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan beliau itu merujuk kepada satu video yang menunjukkan seorang lelaki memijak al-Quran dan menghina Islam yang dibuat secara langsung di Facebook sehingga menimbulkan kemarahan ramai.

Iklan

Rakaman video itu juga tular menyebabkan suspek yang juga dikatakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) dilaporkan dipukul beberapa individu.

Polis berjaya menahan lelaki itu pada jam 1.40 petang tengah hari tadi di Johor Bahru dan dia dijangka direman bermula esok.

Iklan

Sementara itu, Mujahid turut menasihati semua pihak agar tidak terburu-buru mengambil tindakan sendiri.

"Negara ini mempunyai undang-undang yang boleh diguna kepada individu yang menghina agama Islam seperti Seksyen 298A dan Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. - Bernama