Lonjak empat anak tangga, FeiDin kini beregu ketiga dunia

Iklan
Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melonjak empat anak tangga untuk menghuni tangga ketiga dunia.

BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melonjak empat anak tangga untuk menghuni tangga ketiga dunia.

Sze Fei-Izzuddin menamatkan musim 2024 dengan muncul sebagai naib juara Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China, tewas kepada Kim Astrup-Anders Rasmussen yang kini bergelar beregu nombor satu dunia.

Iklan
Iklan
Iklan

Di sebalik membawa pulang AS$100,000 (RM445,000) sebagai naib juara, FeiDin turut memperoleh 12,000 mata - sekali gus membantu beregu ketujuh dunia itu melonjak empat anak tangga untuk bergelar beregu nombor tiga dunia.

Sementara itu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula, jatuh satu anak tangga dan kini berada di tangga keenam dunia. - Awani/Stadium Astro

Iklan