Fahami pengertian istito’ah sebelum tunai haji
Iklan
Laporan muka depan Sinar Ahad.
GEORGE TOWN - Pendidikan haji terutama kefahaman maksud istito’ah antara perkara utama yang perlu dititikberatkan seluruh umat Islam sebelum menunaikan ibadah haji.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, istito’ah dalam menunaikan haji termasuklah kemampuan dari segi sumber kewangan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pendeposit TH dan jemaah haji perlu memahami syarat istito'ah (kemampuan) yang digariskan hukum syarak seperti kemampuan dari sudut kesihatan tubuh badan dan ada kenderaan pergi dan balik ke Tanah Suci.
Dr Mohd Sukki
Selain itu, jelasnya ia turut merangkumi kemampuan dari sudut harta dan kewangan yang mencukupi serta kemampuan dari sudut keselamatan iaitu aman dalam perjalanan.
Iklan
"Justeru, pelaksanaan haji ini sebenarnya dituntut kepada mereka yang berkemampuan, itu kunci yang paling utama.
"Oleh itu, umat Islam perlu diberi kefahaman mengenai haji secara meluas tentang konsep ibadah haji ini berbeza dengan ibadat-ibadat yang lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Iklan
Mohd Sukki menjelaskan, tanpa memenuhi syarat istito'ah, seorang Muslim tidak diwajibkan untuk melaksanakan haji.
"Dengan memahami syarat istito'ah, seseorang tidak perlu merasa terbeban jika memang belum mampu melaksanakan haji.
"Sebaliknya, jika sudah memenuhi syarat, kewajipan haji hendaklah segera dilaksanakan,” katanya.
INFO
Apa itu istito'ah:
1. Kemampuan kewangan
Seseorang dianggap memiliki istito'ah jika memiliki wang yang cukup untuk:
- Perjalanan haji
- Perbelanjaan selama di tanah suci.
- Keperluan keluarga yang ditinggalkan, sehingga mereka tetap terjamin selama ia berada di tanah suci.
2. Kemampuan fizikal dan kesihatan
Kesihatan yang baik yang memungkinkan seseorang melaksanakan semua rangkaian ibadah haji, seperti tawaf, sa’i, wukuf di Arafah, dan lainnya.
3. Keamanan dalam perjalanan
Perjalanan menuju tanah suci hendaklah aman, baik dari gangguan seperti konflik, kejahatan, atau bencana. Jika perjalanan dianggap berbahaya, kewajipan haji dapat ditunda sampai situasi memungkinkan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>