Bayan Baru dilanda banjir kilat
Iklan
Hujan lebih dua jam menyebabkan banjir kilat di Bayan Baru pada petang Jumaat.
GEORGE TOWN - Hujan lebat lebih dua jam pada petang Jumaat menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di Bayan Baru.
Antara kawasan yang terjejas di Bayan Baru termasuk Jalan Mahsuri, Jalan Mayang Pasir dan kawasan berhampiran Pasaraya Sunshine Square.
Iklan
Iklan
Hujan lebat yang bermula sekitar jam 5 petang pada Jumaat turut menyebabkan banjir kilat di jalan utama di hadapan Pusat Konvensyen Spice Arena.
Kesemua kawasan itu dikatakan kerap dinaiki air sekiranya hujan lebat lebih daripada sejam.
Beberapa buah motosikal dan kereta ditenggelami air dalam banjir kilat pada petang Jumaat.
Iklan
Banjir kilat ini juga menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk kerana ia berlaku ketika orang ramai pulang dari bekerja selain beberapa jalan tidak boleh dilalui terutamanya oleh kenderaan ringan.
Sementara itu, berdasarkan beberapa klip video yang tular di media sosial, beberapa buah kenderaan termasuk motosikal yang diletakkan di hadapan deretan premis di Relau dilihat hampir ditenggelami air.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>