Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur kes dadah, pistol tiruan
Iklan
PUTRAJAYA – Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther memberitahu akan mengemukakan representasi untuk menggugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305gram dan memiliki dua pistol tiruan.
Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Muhammed Yusoff, 31, berkata, representasi berkenaan akan difailkan kepada Peguam Negara (AG) dalam tempoh terdekat.
Iklan
Iklan
"Kita mohon untuk menggugurkan dan tidak diteruskan langsung iaitu lepas dan bebas, bukannya lepas tanpa bebas,” katanya ditemui media di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.
Dalam prosiding di mahkamah itu, Majistret MS Arunjothy membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sabri Othman untuk memindahkan kes senjata api dihadapi Muhammed Yusoff ke Mahkamah Tinggi di sini untuk dibicarakan bersama dengan satu lagi kes dihadapi tertuduh berkaitan dadah.
Iklan
Sementara itu, di Mahkamah Tinggi di sini, Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan 7 Januari tahun depan untuk pengurusan kes dadah berkenaan.
Pada 12 September lalu, lelaki itu didakwa atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram, dalam kenderaan dinaikinya, di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada jam 10.15 pagi, 6 September.
Iklan
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan juga hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.
Pada 9 Oktober pula, Muhammed Yusoff didakwa lagi dan dia mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan memiliki dua senjata itu di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara di sini, pada jam 9.25 pagi, 6 September lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>