GEORGE TOWN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 10 malam Jumaat sehingga 4 pagi, Sabtu.
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam satu kenyataan di dalam Facebooknya berkata, kawasan yang terlibat ialah Jalan Kampung Terang, Jalan Pulau Betong, Jalan Genting dan Jalan Sungai Nipah.