Ugut bunuh jiran kerana antena televisyen masuk kawasan

Iklan
Gambar hiasan. Gambar kecil: Bahrin

KLUANG - Seorang penganggur ditahan selepas didapati mengugut membunuh jirannya di Taman Megah, di sini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, lelaki berusia 49 tahun itu dipercayai bertengkar kerana antena televisyen jirannya itu melepas kawasan rumahnya.

Iklan
Iklan

"Suspek telah mengarahkan jirannya supaya mencabut antena tersebut dan mengugut untuk membunuh. Bimbang dengan kejadiannya itu, jirannya berusia 30 tahun tampil ke balai polis membuat laporan.

"Susulan kejadian itu, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kluang, menahan suspek lelaki tempatan di rumahnya pada Khamis," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Menurut Bahrin, berdasarkan rekod lampau suspek mempunyai 17 kes berkaitan dadah dan jenayah.

"Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Kluang pada Jumaat dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Iklan