SHAH ALAM - Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) meraikan rakan kolaborasi dalam majlis Anugerah Rakan Kolaborasi AKPK 2023/2024, sebagai penghargaan atas usaha sama memperkasakan literasi kewangan melalui tiga perkhidmatan teras AKPK iaitu pendidikan kewangan, nasihat kewangan, dan pengurusan kredit.
Dengan tema ‘Growing with Purpose’, majlis ini memperlihatkan peranan penting yang dimainkan oleh kesemua pihak yang terlibat dan rakan strategik dalam memastikan kesejahteraan kewangan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.
Anugerah disampaikan oleh Pengerusi AKPK,Anuar Mohd Hussan, sebagai penghargaan kepada rakan kolaborasi yang telah memberikan sumbangan signifikan terhadap pelaksanaan inisiatif berimpak besar AKPK.
Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir, berkata, kerjasama yang penuh makna ini telah menjadi pemangkin kejayaan AKPK.
"Dengan bekerja bersama, kami bukan sahaja dapat membantu individu mengurus kredit mereka, tetapi juga membekalkan mereka dengan kemahiran untuk merealisasikan impian dan menjalani kehidupan yang lebih baik.
"Kesan daripada usaha murni ini telah memperkukuhkan fabrik sosial negara, memastikan pemerkasaan dan kesejahteraan kewangan terus terpelihara untuk generasi akan datang,"katanya di sini, hari ini.
Bagi anugerah utama, Bank Simpanan Nasional menerima Anugerah Usaha Sama Berimpak Penting untuk dedikasi mereka yang tidak berbelah bagi terhadap usaha memperhebat inisiatif literasi kewangan di Malaysia.
Anugerah Rakan Komuniti Cemerlang yang buat pertama kali diperkenalkan, mengiktiraf Kampung Kuala Wau di Maran, Pahang, untuk penyertaan aktif dalam inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberikan impak kepada usaha pemerkasaan dan pembangunan literasi kewangan di kalangan komuniti.

Pihak pengurusan tertinggi AKPK dan rakan kolaborasi di AKPK Collaborators Awards 2023/2024.