KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan ucapan tahniah sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
"Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Ke-79 Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya," kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.