Gua Musang dilanda banjir, 114 mangsa berpindah ke PPS

Iklan
Jalan Felda Aring 5, Gua Musang ditutup kepada kenderaan ringan pada Selasa. FOTO: IHSAN PEMBACA

GUA MUSANG - Jajahan Gua Musang mulai dilanda banjir apabila 114 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pada jam 12.57 tengah hari Selasa.

Susulan itu Jalan Penempatan Chiku 7 dan Jalan Pulai-Kuala Tuang ditutup kepada semua kenderaan, manakala Jalan Felda Aring 5 pula ditutup kepada kenderaan ringan.