Sungai Galas, Lebir mulai melimpah penduduk di Gua Musang diarah siap sedia
Iklan
APM Gua Musang memantau keadaan terkini sungai di Gua Musang ekoran hujan lebat berterusan sejak malam Isnin.
GUA MUSANG - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Gua Musang mengarahkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berisiko banjir untuk siap sedia berpindah susulan paras air Sungai Lebir dan Galas yang semakin meningkat.
Pegawai APM Gua Musang, Leftenan Mohd Hanafi Mohd Bokri berkata, berpandukan situasi terkini paras air sungai dilihat naik dengan begitu cepat.
Iklan
Iklan
"Kami di sini dalam keadaan berjaga-jaga, bagaimanapun penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berisiko banjir dinasihatkan agar sentiasa peka dengan arahan semasa pihak berkuasa.
"Jika diarahkan pindah awal, sila bawa barangan peribadi serta ubat-ubatan bersama," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, kawasan Sungai Galas yang berisiko dilanda banjir ialah Kampung Lembaga, serta Ciku, Paloh dan Aring (Sungai Lebir).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>