Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia ke Singapura bermula bulan ini
Iklan
Fasa pertama perdagangan TBB merentas sempadan dari Malaysia ke Singapura dengan kapasiti 50 megawatt (MW) akan dimulakan pada bulan ini. Gambar hiasan 123rf
PUTRAJAYA - Fasa pertama perdagangan Tenaga Boleh Baharu (TBB) merentas sempadan dari Malaysia ke Singapura dengan kapasiti 50 megawatt (MW) akan dimulakan pada bulan ini, demikian menurut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra).
Pembekalan elektrik hijau merentas sempadan Malaysia-Singapura yang julung kali itu adalah hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lepas.
Petra dalam kenyataan hari ini memaklumkan ENEGEM membolehkan perolehan dan pembekalan elektrik hijau daripada sistem bekalan elektrik Malaysia ke Singapura dilakukan secara bidaan kompetitif.
Bidaan menerusi ENEGEM merupakan sebahagian daripada inisiatif Petra di bawah Skim Perdagangan Elektrik Merentas Sempadan untuk TBB (CBES RE) yang akan dilaksanakan secara berfasa dengan jumlah kapasiti hingga 300 MW dengan menggunakan rangkaian sambung tara sedia ada antara Malaysia dan Singapura.
Pelaksanaan CBES RE turut selaras dengan aspirasi peralihan tenaga negara dan komitmen Malaysia untuk menyokong inisiatif integrasi bekalan elektrik serantau menerusi pelaksanaan Grid Kuasa ASEAN, yang merupakan agenda utama negara menjelang Kepengerusian ASEAN 2025, menurut kenyataan itu.
Terdahulu satu majlis penandatanganan Perjanjian Bekalan TBB antara TNB dan Sembcorp Power yang disaksikan wakil kerajaan kedua-dua negara telah diadakan di Petra. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>