Rakyat Syria 'mengamuk' tumbang, pijak patung bapa Bashar al-Assad

Iklan
Penduduk Syria menumbangkan patung bekas Presiden Hafez al-Assad semasa meraikan rampasan kuasa di Damsyik. - Agensi

DAMSYIK - Rakyat Syria di seluruh negara meruntuhkan dan memijak patung bapa Presiden Bashar al-Assad yang mengasaskan pemerintahan kejam yang diwarisi anaknya.

Di ibu negara, orang ramai bersorak ketika mereka berdiri di belakang patung bekas Presiden Hafez al-Assad, dalam peristiwa simbolik menandakan kejatuhan pemerintahan kuku besi selama lima dekad.

Iklan
Iklan

Peristiwa bersejarah itu berlaku selepas kumpulan pejuang mengisytiharkan Bashar al-Assad telah melarikan diri dari negara itu berikutan serangan pantas yang menyaksikan beberapa bandar utama dirampas termasuk ibu negara Damsyik.

Bashar memerintah Syria sejak tahun 2000 selepas beliau mewarisi kuasa daripada bapanya.

Iklan

Sejak 2011, beliau menyelia tindakan keras terhadap gerakan demokrasi yang bermula dengan protes aman.

Penindasan kerajaan Bashar terhadap protes berubah menjadi salah satu konflik paling berdarah abad ini, yang menyaksikan ratusan ribu penduduk dibunuh dan jutaan orang kehilangan tempat tinggal.

Iklan

Bapanya, Hafez al-Assad mengambil alih kuasa dalam rampasan kuasa 1970 dan menubuhkan rejim paranoid dan kejam di mana sesiapa yang disyaki berbeza pendapat boleh dipenjarakan atau dibunuh.

Selepas kematiannya, patung dan imejnya kekal sebagai simbol kuat cengkaman puak Bashar ke atas Syria.

Gambarnya ditampal di dinding, institusi, pejabat dan sekolah di seluruh negara dan laizmnya bersebelahan dengan anak lelakinya. - Agensi