THE HAGUE - Pihak berkuasa Belanda mengesahkan penemuan lima mayat di bawah runtuhan sebuah bangunan pangsapuri yang sebahagiannya runtuh akibat letupan kuat pada pagi Sabtu, lapor Xinhua.
Usaha mencari mangsa lain masih diteruskan dengan perkhidmatan kecemasan memberi amaran bahawa angka korban mungkin meningkat sehingga sekitar 20 orang.
Iklan
Iklan
Mayat kelima ditemukan di bawah runtuhan berhampiran Tarwekamp di mana blok pangsapuri tiga tingkat sebahagiannya runtuh selepas kebakaran dan letupan. Foto AFP
Iklan
"Realitinya ialah peluang untuk mereka terselamat adalah tipis. Kami sedang bersiap sedia menghadapi senario terburuk," kata Datuk Bandar, Jan van Zanen dalam satu sidang media.
Menurut beliau, dua individu yang diselamatkan lebih awal pada hari kejadian kini dalam keadaan kritikal. - Bernama
Iklan