Pesawat AirAsia Tawau-Kuala Lumpur patah balik selepas sejam berlepas
Iklan
Pesawat AirAsia yang membawa 170 penumpang terpaksa berpatah balik selepas hampir sejam berlepas di Lapangan Terbang Tawau.
TAWAU - Pesawat AirAsia penerbangan dari Tawau ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik selepas hampir sejam berlepas dari Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu.
Difahamkan, pesawat yang membawa 170 penumpang terpaksa berpatah balik disebabkan mengalami masalah enjin.
Iklan
Iklan
Pengurus Lapangan Terbang Tawau, Rehan Shafiq Azizan berkata, maklumat diterima daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia Kawalan Trafik Udara (CAAM ATC) mengenai kejadian itu pada jam 3.03 petang.
"Juruterbang pesawat AirAsia bagi penerbangan AK 5741 TWU-KUL meminta untuk kembali ke lapangan terbang (RTB) disebabkan masalah enjin.
Iklan
"Susulan itu, Perkhidmatan Penyelamat dan Bomba Pesawat (AFRS) telah mengaktifkan agensi berkaitan dan kenderaan bersedia dikedudukan masing-masing.
"Syarikat pernerbangan berkenaan juga sudah dimaklumkan dan tempat parkir pesawat bay 5 telah disediakan,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Sabtu.
Iklan
Menurut Rehan Shafiq lagi, pesawat tersebut mendarat dengan selamat pada jam 4.34 petang di landasan RYW 24 dan diletakkan di tempat parkir yang disediakan.
"Semua penumpang dalam keadaan baik, tiada kecederaan dilaporkan berlaku dan kejadian ini tidak menjejaskan operasi lapangan terbang yang lain" katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>