'Tun M mahu jadi mentor calon PM, itu hak beliau'
Iklan
Nik Nazmi (kiri) ketika program Interviu. FOTO SINAR HARIAN - ASRIL ASWANDI SHUKOR.
SHAH ALAM - Sebagai bekas pemimpin negara, menjadi hak Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya beliau mahu menjadi mentor kepada calon Perdana Menteri menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Bagaimanapun, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad berpandangan, perkara itu tidak sepatutnya menjadi tumpuan utama Dr Mahathir memandangkan pentas politik negara pernah dikejutkan dengan peristiwa Langkah Sheraton.
Iklan
Iklan
"Alhamdulillah Dr Mahathir dikurniakan umur yang panjang. Nak pisahkan beliau dengan politik memang sukar dari zaman Malayan Union sehingga sekarang.
Nik Nazmi (kiri) ketika program Interviu yang dihoskan oleh Mohd Fazli di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf.
"Itu hak beliau sebagai rakyat Malaysia untuk menyuarakan pandangan. Saya hormat dan merasa rendah diri dengan Dr Mahathir,” katanya ketika program Interviu yang dihoskan Penolong Pengarang Berita (Digital), Mohd Fazli Zainul Abidin di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini baru-baru ini.
Iklan
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kesediaan Dr Mahathir menjadi mentor kepada mana-mana individu yang berhasrat menjadi perdana menteri.
Negarawan itu yang pernah dua kali menjadi Perdana Menteri itu dilaporkan berkata, pejabatnya sentiasa terbuka bagi yang berhasrat berbuat demikian.
Iklan
Dalam perkembangan lain, Nik Nazmi mengakui, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dilihat tidak terlalu menonjol berbanding kementerian lain yang mempunyai inisiatif tersendiri.
Ia kerana menurutnya, beliau selaku menteri yang memiliki latar belakang pengajian undang-undang perlu mempelajari banyak perkara baharu dari segi terma dan pengurusan alam sekitar.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>