Kedah harap bantuan pasca banjir daripada kerajaan Persekutuan - Sanusi
Iklan
Muhammad Sanusi (dua dari kiri) pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Kedah di Wisma Darul Aman pada Rabu.
ALOR SETAR - Kerajaan Persekutuan diharap mempertimbangkan penyaluran bantuan pasca banjir kepada Kedah selepas negeri ini sekali lagi diuji bencana sama selepas banjir pada September lepas.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihaknya yakin nasib Kedah akan mendapat bantuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua pihak.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, pihaknya difahamkan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan turun ke Kedah pada Sabtu ini.
"Kita akan kemukakanlah apa-apa keperluan negeri Kedah (terkesan akibat banjir) untuk pemulihan infrakstruktur, masjid (dan) surau.
Iklan
"Ada jalan yang rosak, (malah) jambatan, titi dan premis-premis awam yang perlu dibaiki (akibat banjir)," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Kedah di Wisma Darul Aman di sini pada Rabu.
Beliau memberitahu, kerajaan negeri akan mengemukakan keperluan negeri itu untuk pertimbangan Kerajaan Persekutuan.
Iklan
Dalam perkembangan sama, Muhammad Sanusi berpandangan, beliau yakin akan mendapat perhatian sewajarnya kerana tidak mempunyai sebarang masalah dengan Kerajaan Persekutuan.
Beliau memaklumkan telah berulang kali membuat permohonan maaf berikutan kempen pilihan raya termasuklah pada jamuan raya pada Mei lepas
"Kerajaan negeri dan Persekutuan sebenarnya mempunyai tanggungjawab bersama dalam ikatan dalam Perlembagaan.
"Jikalau mereka kata, tidak boleh tolong Kedah pasal mulut capoi (lantang), kena fahamlah tiap tiap negeri dia ada cara cakap dia," katanya.
Bagaimanapun, Muhammad Sanusi berkata, beliau tidak ada mengeluarkan kata-kata yang menggores hati selepas kempen pilihan raya.
"Jikalau,ada mengguris hati lagi. Saya minta maaflah," katanya.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.