Rumah, kedai kopi musnah terbakar

Iklan
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran rumah dan kedai kopi di Kampung Baru Sungai Buloh pada Rabu.

SUNGAI BULOH - Sebuah rumah dan kedai kopi di Jalan Wellfare Kampung Baru Sungai Buloh di sini musnah dalam kebakaran pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.26 pagi.

Iklan
Iklan

"Seramai 22 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dan bantuan dari BBP Bukit Jelutong dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi pihaknya mendapati kebakaran melibatkan kedai kopi dan rumah jenis kelas B.

Iklan
Iklan

"Rumah tersebut terbakar 80 peratus, manakala kedai kopi pula terbakar 30 peratus, api berjaya dikawal kira-kira jam 9.50 pagi," katanya.