CHUKAI - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram, Mohd Yusuf Adnan, 16, dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Neram di sini, hari ini.
Komander Operasi Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat (STORM) Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohd Zailani Abdullah berkata, dalam kejadian pada jam 4 petang itu, mangsa dipercayai sedang mandi di sungai berkenaan bersama 10 rakannya.