'Perit untuk terangkan kepada mereka'

Iklan
Khairizul dan Zurina bersama kelima-lima anak mereka. - Foto Penang Kini

GEORGETOWN - Mangsa rempuhan kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai mabuk Ahad lalu menunjukkan reaksi positif apabila memberi maklum balas ketika namanya dipanggil.

Zuriana Hasan, 35, yang parah dan kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya sudah mula menggerakkan tangannya walaupun masih belum sedar sepenuhnya.

Iklan
Iklan

Adiknya, Noorlyana Hasan, 25, berkata, kakaknya kini masih dalam pemantauan tetapi doktor sudah mengurangkan dos ubat rehat bagi membolehkan dia bernafas sendiri," katanya.

Buat masa ini katanya, kelima-lima anak kakaknya itu berada di bawah jagaannya selepas abang iparnya, Khairizul Mohamad Noor meninggal dunia akibat kemalangan tersebut.

Iklan

"Semua anak saudara saya akan jaga walau apa pun terjadi. Mereka amanah yang perlu saya jaga. Tambahan pula, bapa mereka meninggal dunia dan ibu mereka masih tidak sedarkan diri. Saya tidak akan sesekali menyerahkan mereka kepada mana-mana pihak.

"Agak perit untuk saya menerangkan keadaan sebenar kepada anak-anak yang masih kecil ini bahawa bapa mereka sudah tiada tetapi saya bersyukur kakak masih ada walaupun belum sedar sepenuhnya," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Iklan

Noorlyana berkata, keluarganya juga bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu kereta itu.

"Kami sedang berbincang untuk tindakan itu. Walaupun tindakan undang-undang itu tidak boleh mengembalikan abang ipar saya tetapi sekurang-kurangnya memberi pengajaran kepada orang ramai supaya tidak memandu ketika berada dalam pengaruh alkohol.

"Kami mahu pelaku menerima balasan setimpal, kerana dia, anak-anak saudara saya yang masih kecil menjadi yatim," katanya.

Anak sulung kepada pasangan itu Nur Afni Nirwana,16, pula berkata, bapanya selalu berpesan supaya dia menjaga adik-adiknya yang lain dengan baik.

'Tiada maaf bagimu'

Pemandu mabuk: Penjara 20 tahun, gantung lesen seumur hidup