MOT teliti cadangan bina kemudahan kargo di LTSAS - Anthony Loke
Iklan
Anthony Foto fail Bernama
BATU GAJAH - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang mengkaji cadangan kerajaan Perak bagi membina kompleks pergudangan kargo di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh.
Menteri berkenaan, Anthony Loke Siew Fook berkata, cadangan itu sedang diteliti bersama Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), bagi membangunkan prasarana terbabit.
Iklan
Iklan
"LTSAS walaupun bukan berstatus lapangan antarabangsa namun terdapat penerbangan dari luar negara, bukan hanya menempatkan terminal penumpang, malah kargo juga komponen yang sangat penting di lapangan terbang ini,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Jamuan Pengumpulan Dana Bangunan DAP Parlimen Batu Gajah di sini, malam tadi.
Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming merangkap Pengerusi DAP Perak.
Iklan
Sementara itu Anthony berkata, MAHB telah melaksanakan kerja naik taraf di LTSAS sejak awal tahun ini melibatkan ruang legar, kaunter termasuk aspek keselamatan dan dijangka siap dalam masa terdekat.
"Kerja naik taraf ini lebih kepada pengoptimuman ruangan sedia ada, susun atur semula kaunter pelepasan dan ketibaan, dengan kita tambah kaunter untuk daftar masuk agar penumpang lebih selesa,” katanya.
Iklan
Beliau berkata penambahbaikan tersebut bagi membolehkan pemain industri beroperasi dengan berkesan dalam persekitaran yang kompetitif, sambil memastikan pengguna menerima perkhidmatan logistik bersepadu dan cekap. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>