Banjir: Lebih 90 pelajar di Kuala Krai seberang sungai guna bot APM, polis
Iklan
APM membantu 95 pelajar SMK Keroh di sini menyeberang Sungai Kuala Nal untuk pulang ke rumah masing-masing hari ini. Foto FB APM Kuala Krai
KUALA KRAI - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu 95 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh di sini menyeberang Sungai Kuala Nal untuk pulang ke rumah masing-masing hari ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Krai, Kapten Abd Fatah Abd Aziz berkata, kesemua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 yang tinggal di asrama sekolah berkenaan dibenarkan pulang berikutan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula esok.
Iklan
Iklan
"Operasi membawa pelajar-pelajar berkenaan pulang ke rumah mereka di Kampung Pasir Kelang, yang terletak di seberang Sungai Kuala Nal dijalankan 12.47 tengah hari tadi menggunakan dua bot APM dan sebuah bot polis. Kesemuanya selamat tiba di kampung berkenaan 3.40 petang tadi," katanya kepada Bernama hari ini.
Abd Fatah berkata, pihaknya turut membawa dua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dari Kampung Ladang Taku menggunakan bot untuk menyeberangi Sungai Kuala Nal pada jam 10.47 pagi.
Iklan
Beliau berkata, mereka dihantar ke SMK Sultan Yahya Petra 1 di sini untuk menduduki ujian bertutur Bahasa Melayu SPM 2024 yang dijadualkan bermula esok hingga Khamis.
Terdahulu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, semua calon SPM terkesan banjir akan ditempatkan di asrama atau digerakkan ke pusat peperiksaan alternatif, bagi memastikan kesemua mereka selesa untuk menduduki peperiksaan mengikut jadual ditetapkan.
Iklan
Sebanyak 5,377 calon SPM dikenal pasti terjejas akibat banjir iaitu di Kelantan 3,111 calon, Terengganu (1,734 calon) dan Kedah (532 calon). - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>