Warga emas 78 tahun peserta tertua larian SJMC

Iklan
Peserta ‘SJMC Run 2024 - Diabetes Dash: Empowering Steps to Wellness’ memulakan larian di Mediplex, SJMC pada Ahad.

SUBANG JAYA - Seorang warga emas berusia 78 tahun yang juga peserta tertua program Subang Jaya Medical Center (SJMC) Run 2024 - 'Diabetes Dash: Empowering Steps to Wellness' membuktikan kemampuan menghabiskan larian sejauh tiga kilometer (km).

Datuk kepada tujuh cucu itu, Ng Ah Kow berkata, penglibatan aktif dan konsisten menyertai acara larian sejak 38 tahun lalu memberi kelebihan kepadanya untuk kekal bertenaga pada usia menginjak lapan dekad.

Iklan
Iklan
Ah Kow merupakan peserta tertua dalam program ‘SJMC Run 2024 - Diabetes Dash: Empowering Steps to Wellness’.

"Paling jauh, saya pernah sertai larian 21km iaitu pada 1991 di Pulau Pinang. Saya cuma ambil bahagian dan jadikannya sebagai hobi sahaja.

"Untuk larian anjuran SJMC ini, saya telah menyertai sebanyak empat kali penganjuran sejak 2019," katanya kepada Sinar Harian selepas program berkenaan di Mediplex, SJMC pada Ahad.

Iklan

Ah Kow yang berasal dari Seberang Perai, Pulau Pinang itu berkata, dari segi latihan dia mengamalkan aktiviti berlari atau berjalan laju selama satu jam setiap hari.

"Ada masa saya berjalan sejauh dua atau tiga km untuk membeli makanan. Itu sasaran saya.

Iklan
Bryan (tengah) menyampaikan sumbangan kepada wakil A4D sempena ‘SJMC Run 2024 - Diabetes Dash: Empowering Steps to Wellness’ di Mediplex, SJMC pada Ahad.

"Sekarang saya hanya sasar 10,000 langkah atau sekurang-kurangnya 6,000 langkah dalam satu hari,” ujarnya.

Acara berkenaan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SJMC, Bryan Lin.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasinya, Rachel Woo; Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat; Ketua Balai Bomba Subang Jaya, Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman serta Ahli Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Ir Balachandran Naicker dan Chia Yew Ken.

Bryan (tujuh dari kiri) bersama barisan johan ‘SJMC Run 2024 - Diabetes Dash: Empowering Steps to Wellness’ bagi kategori 21km, 10km dan veteran.

Sementara itu, Bryan berkata, penganjuran larian komuniti sempena Hari Diabetes Sedunia berjaya mengumpulkan lebih 2,000 peserta.

Menurutnya, larian berkenaan menekankan kepentingan pencegahan diabetes sekali gus meraikan ulang tahun ke-39 kecemerlangan penjagaan kesihatan SJMC.

"Acara seperti ‘SJMC Run 2024 - Diabetes Dash: Empowering Steps to Wellness’ menyerlahkan peranan penting senaman tetap dan diet seimbang dalam pencegahan diabetes.

"Rasa kemasyarakatan juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran dan menggalakkan masyarakat untuk mengutamakan kesihatan mereka dalam memerangi penyakit yang semakin meningkat ini,” kata beliau.

Tambah Bryan, bagi menggandakan usaha memerangi penyakit tersebut, pihaknya menyumbang peranti pemantauan glukosa berterusan (CGM) dan glukometer bernilai RM19,000 kepada pesakit kencing manis yang kurang bernasib baik melalui Action4Diabetes (A4D).

Jelasnya lagi, sumbangan berkenaan mencerminkan bukti dedikasi SJMC dalam menyokong dan membantu kumpulan tersebut menguruskan keadaan mereka dengan lebih berkesan.

"Terima kasih kepada semua kerana menyokong kami dalam menyumbang kepada tujuan yang lebih besar," katanya.

Sementara itu, Bryan berkata, diabetes menjadi kebimbangan kesihatan utama di negara ini kerana menjejaskan satu daripada enam orang dewasa, malah menjelang 2025, jumlah penghidap diabetes boleh mencecah angka 7 juta orang.

"Dengan tema, ‘Diabetes Dash: Empowering Steps to Wellness’, tujuan SJMC adalah meningkatkan kesedaran dan menggalakkan gaya hidup sihat untuk mencegah serta mengurus diabetes.

"Pasukan pelbagai disiplin pakar penjagaan kesihatan kami termasuk ahli endokrinologi, pendidik diabetes dan jururawat menyediakan pengesanan awal, pendidikan dan sokongan untuk membantu individu membuat perubahan positif,” ujarnya.

Beberapa kategori diperkenalkan antaranya 3km larian santai dan perlumbaan kompetitif sejauh 10km serta 21km.

Pertandingan larian 21km bagi kategori lelaki dimenangi oleh Job Minacho Kamonde manakala Noor Amelia Musa bagi kategori wanita.

Juara acara veteran lelaki bagi kategori 21km pula diraih Mohd Nazri Ahmad manakala kategori wanita pula dimenangi Tiffany Lee.

Bagi larian 10km kategori lelaki pula dimenangi oleh Nikos Tai Lee Onn manakala Pauline Barbet pula mendapat johan bagi kategori wanita.

Tempat pertama bagi kategori veteran lelaki untuk 10km diraih oleh Suresh Munianday manakala kategori wanita pula diraih oleh June Yap.