Gunung berapi Merapi meletus

Iklan
Pihak berkuasa memberi amaran kepada pesawat komersial supaya berwaspada selepas letusan Merapi membebaskan debu tebal hari ini. - Foto AFP

JAKARTA - Gunung berapi Merapi di Indonesia dilaporkan meletus hari ini dan turut membebaskan debu tebal setinggi 2,000 meter ke permukaan udara.

Pihak berkuasa tidak menaikkan status amaran selepas letusan Merapi pada awal pagi tadi, namun ia menasihatkan pesawat komersial supaya sentiasa berwaspada jika melalui kawasan itu.

Iklan
Iklan

Penduduk juga dinasihatkan tidak menghampiri zon lingkungan tiga kilometer dari kawasan gunung berapi tersebut yang terletak berhampiran Yogyakarta.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi memaklumkan debu dibebaskan Merapi turut menyelubungi kawasan sekitar 10 kilometer persegi.

Iklan

Letusan terakhir Merapi pada 2010 telah meragut lebih 300 nyawa selain memaksa kira-kira 280,000 penduduk dipindahkan. - AFP

Iklan