Bersatu Sarawak minta 12 kerusi untuk PRU16
Iklan
Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kali ke-7 berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam.
SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak meminta 12 kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Ahli Badan Pimpinan Bersatu Sarawak, Dr Ambrose Labang Anak Jamba berkata, ia susulan parti berkenaan mendapat sambutan baik daripada rakyat di Sarawak.
Iklan
Iklan
"Jadi inilah peluang terbaik untuk kita kerana kini Bersatu sahaja pembangkang yang kuat di sana selebihnya kerajaan.
"Bersatu Sarawak memang sudah ada, hanya peringkat nasional beri kita kelulusan dan sokongan. Sekurang-kurangnya 12 bahagian sudah bersedia untuk pilihan raya negeri (PRN),” katanya dalam sidang akhbar pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu kali ke-7 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) pada Sabtu.
Iklan
Ketika ditanya mengenai keyakinan Bersatu Sarawak untuk bertanding, Ambrose memberitahu bahawa peluang untuk menang itu wujud, namun ia bergantung kepada sokongan yang diberikan.
Dalam usaha untuk mengukuhkan Bersatu di Sarawak, beliau berkata, pemimpin lain perlu turun untuk memberi sokongan dan turun padang ke bahagian di negeri itu.
Iklan
"Kami sudah lama bersedia, sewaktu PRU pun kami sudah bersedia tetapi tidak diberi peluang,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>