Speaker DUN NS kemuka saman sivil
Iklan
Zulkefly (tengah) mengemukakan saman sivil pada pemilik akaun PH Hot Coffee termasuk ADUN Lenggeng.
SEREMBAN - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar mengemukakan saman sivil terhadap pemilik laman sosial Facebook PH Hot Coffee termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng berhubung kenyataan fitnah dikeluarkan.
Dalam tuntutan yang dibuat pada 5 Februari lalu di Mahkamah Seremban, empat defendan dinamakan iaitu ADUN Lenggeng, Suhaimi Kassim dan Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan, Mohd Asri M Jamil, Adli Adnan serta Tandiko Dalusin.
Iklan
Iklan
Zulkefly yang juga Naib Pengerusi 2 Amanah Negeri Sembilan berkata, tindakan itu dibuat kerana pihak berkenaan telah menerbitkan artikel dan tulisan yang berunsur fitnah, mengaibkan dan berniat jahat terhadapnya selaku Speaker DUN Negeri Sembilan.
ARTIKEL BERKAITAN: Fitnah di Facebook: Speaker Negeri Sembilan lapor polis
"Saya dengan ini menyatakan segala artikel dalam laman page dan akaun peribadi PH Hot Coffee mengenai saya adalah fitnah dan saya amat terkesan dengan artikel ini yang terang-terangan menjatuhkan air muka serta nama baik saya selaku Speaker DUN Negeri Sembilan.
Iklan
"Tindakan saman sivil ini susulan laporan polis yang telah dibuat pada 2 Disember lepas dan ia (saman sivil) dibuat sebagai pengajaran agar tiada mana-mana pihak membuat fitnah sesuka hati terhadap saya sebagai ketua legislatif dalam DUN Negeri Sembilan,” katanya pada sidang akhbar di sini.
Sinar Harian pada 2 Disember tahun lalu melaporkan Zulkefly membuat laporan polis berhubung tuduhan fitnah terhadapnya di laman sosial Facebook menggunakan nama PH Hot Coffee.
Iklan
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.