KKM kaji sistem DRG tangani kenaikan kos perubatan
Iklan
Lukanisman ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji pembangunan sistem kumpulan berkaitan diagnosis (DRG) kebangsaan dalam perawatan hospital seluruh negara sebagai usaha menangani kenaikan kos perubatan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, jenis perawatan dan sumber yang digunakan dalam satu episod rawatan penting untuk penyediaan pembiayaan sektor kesihatan dengan mengira kos rawatan, pengurusan serta tarif kesihatan.
Iklan
Iklan
"Kita sedang giat memikirkan kaedah untuk melancarkan DRG di peringkat nasional bagi membolehkan hospital universiti, hospital tentera dan swasta turut mengadaptasi penggunaan sistem ini dalam menentukan kos (rawatan pesakit) supaya tidak berlebihan.
"Ia juga membolehkan golongan M40 dan B40 mendapatkan rawatan jelas di sektor swasta dan bukan datang dengan perasaan gusar akan dikenakan harga berlebihan," katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.
Iklan
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) mengenai penyelesaian berkesan berhubung isu kenaikan caj premium insurans kesihatan yang tidak munasabah terhadap pengguna.
Sementara itu mengenai Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (KPJKS), Lukanisman menjelaskan, ia dikawal selia di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).
Iklan
Selain itu menurutnya, perkara berkaitan etika dan profesionalisme profesion pengamal perubatan dikawal selia Majlis Perubatan Malaysia (MPM) selaku badan yang mengawal selia pendaftaran pengamal perubatan di Malaysia.
"Pesakit boleh membuat aduan berkaitan etika amalan perubatan oleh pengamal perubatan, termasuk perkara pemberian perkhidmatan dan preskripsi ubatan melebihi keperluan seperti dibangkitkan kepada MPM.
"Walaupun perkara ini di luar kawal seliaan Akta 586, akta itu turut menetapkan peruntukan berkaitan mekanisme pengendalian aduan terhadap ketidakpuasan hati pesakit," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Sibuti memaklumkan, sebanyak 720 aduan telah diterima Bahagian Amalan Perubatan KKM hingga 27 November lepas.
Daripada jumlah itu katanya, 263 adalah kes berkaitan aduan terhadap kakitangan manakala hanya lima kes aduan per tahun melibatkan isu pemberian perkhidmatan preskripsi ubatan melebihi keperluan pesakit.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>