Kedah sasar tanam 2.2 juta pokok untuk pulihara alam sekitar
Iklan
Mohamad Yusoff ketika sesi pergulungan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman, di sini, pada Rabu.
ALOR SETAR - Kedah menyasarkan untuk menanam sebanyak 2.2 juta pokok lagi dalam tempoh lima tahun bermula 2025 hingga 2029 dalam usaha berterusan memulihara alam sekitar di negeri ini.
Exco Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air dan Alam Sekitar Kedah, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria berkata, usaha terbabit membuktikan bahawa kerajaan negeri prihatin dan menitikberatkan tentang pemeliharaan alam sekitar ini untuk kegunaan generasi hari ini dan akan datang.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, Kedah sentiasa menyokong usaha melestarikan dan menambahkan kehijauan di negeri ini termasuklah melalui Program Penghijauan Malaysia dalam Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bermula 2021 hingga 2025.
"Alhamdulillah, perkembangan yang sangat baik (apabila) Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah pun berjaya bukan hanya menanam 1.25 juta pokok. Setakat ini, telah berjaya menanam sebanyak 2.8 juta di Kedah walaupun berbaki setahun lagi (kempen itu).
Iklan
"Pokok ini termasuklah pokok-pokok bakau, pokok hutan, pokok meranti, pokok duri dan sebagainya yang mencatatkan 2.8 juta pokok tersebut," katanya ketika sesi pergulungan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, beliau menambah, pemeliharaan hutan terbabit turut membantu mencegah hakisan dan mengekalkan struktur tanah.
Iklan
"Secara tidak langsung, ia boleh mengelakkan daripada berlakunya bencana seperti tanah runtuh dan seumpamanya," katanya.
Beliau memaklumkan, terdapat langkah-langkah pencegahan mesti diberi perhatian dan ia menjadi tanggungjawab bersama, walaupun kejadian-kejadian bencana alam tidak boleh dielakkan.
"Seiring dengan keperluan pembangunan dalam memacu peningkatan ekonomi, pastinya hutan juga akan turut diteroka.
"Justeru itu, pembangunan hutan terutamanya bagi tujuan penyelidikan dan pelancongan perlu dilaksanakan secara berhemah dan mapan dalam usaha memastikan kesan-kesan ataupun impak kepada ekosistem di hutan tersebut diminimakan," katanya.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.