Hyundai panggil balik 42,000 kereta di AS akibat risiko pergerakan spontan - Laporan

Iklan
Hyundai memanggil balik lebih 42,000 kenderaan di Amerika Syarikat (AS) akibat risiko pergerakan secara spontan

MOSCOW - Pembuat kereta Korea Selatan, Hyundai memanggil balik lebih 42,000 kenderaan di Amerika Syarikat (AS) akibat risiko pergerakan secara spontan, menurut laporan NBC News yang dipetik oleh Sputnik/RIA Novosti.

Pergerakan spontan berlaku disebabkan masalah pendawaian, menurut laporan itu.

Iklan
Iklan

Panggilan balik ini melibatkan semua model Santa Cruz dan Tucson 2025 di AS, sementara kerosakan itu dianggarkan terdapat hanya dalam 1 peratus daripadanya. - Bernama

Iklan
Iklan