7 tuntutan MA63 ditunai dalam 2 tahun
Iklan
Dari kiri: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Anwar dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika Mesyuarat MTPMA63 baru-baru ini.
SEJAK Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri pada November 2022, isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kembali menjadi fokus utama dalam agenda kerajaan.
Anwar telah menunjukkan komitmen dalam menunaikan janji kerajaan untuk memperbaiki hubungan antara Sabah, Sarawak dan kerajaan Persekutuan serta memastikan hak kedua-dua negeri ini ditegakkan.