Banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Iklan
Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir pada Jumaat. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa meningkat mendadak kepada 221 orang yang kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 29 orang pagi tadi.
Iklan
Iklan
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan daripada jumlah itu, 32 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu Balairaya Padang Kemunting dan Balairaya Beris Nenas di daerah Kemaman.
Di daerah Dungun pula, 59 mangsa daripada 11 keluarga berlindung di tiga PPS iaitu Dewan Sivik Paka, Balairaya Alor Mak Bah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Kah sementara di Setiu hanya seorang mangsa masih berada di Balairaya Kampung Bintang.
Iklan
Sementara itu, di daerah Marang seramai 114 mangsa daripada 30 keluarga berpindah ke tiga PPS iaitu Dewan Sivik Mercang, Dewan Sivik Wakaf Tapai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Rawai manakala di Besut sebanyak 15 mangsa daripada tiga keluarga berteduh Balairaya Kampung Pantai.
Di PERAK, jumlah manga banjir meningkat sedikit malam ini kepada 68 orang daripada 23 keluarga berbanding 66 orang pagi tadi. Kesemua mangsa ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Simpang Halt di daerah Larut, Matang dan Selama.
Iklan
Menurut kenyataan Sekretariat JPBN Perak, kesemua mangsa terjejas merupakan penduduk dari Kampung Simpang Halt.
Di KELANTAN, Bachok menjadi daerah pertama dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas dan sebuah PPS dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS tersebut menempatkan 30 mangsa daripada 10 keluarga. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>