Lelaki nyaris maut, kereta dihempap pokok tumbang
Iklan
Anggota bomba sedang mengalihkan pokok tumbang yang menghempap kereta mangsa.
NIBONG TEBAL- Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta yang dipandunya dihempap sebatang pokok yang tumbang di Jalan Tasek Mutiara 2, Sungai Bakap di sini pada malam Khamis.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap, Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Tanusi Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.07 malam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, didapati sebatang pokok besar telah menghempap sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu mangsa.
Pasukan bomba sedang mengalihkan batang pokok yang menghempap kereta mangsa.
Iklan
"Mangsa berusia 47 tahun mengalami cedera ringan dan dia ke hospital dengan sendiri untuk mendapatkan rawatan.
"Bomba kemudiannya menjalankan kerja-kerja pemotongan dan mengalihkan pokok tumbang tersebut sehingga selesai," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Iklan
Tambahnya, operasi turut dibantu oleh pasukan bomba sukarela berhampiran.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>