Pemilik agensi takaful hilang dijumpai selamat di Kuantan
Iklan
Junaida dijumpai selamat di Kuantan, Pahang selepas dilapor hilang sejak Jumaat lepas.
SHAH ALAM - Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lepas telah dijumpai semula dalam keadaan selamat di Kuantan, Pahang.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya dimaklumkan penemuan wanita dikenali Junaida Abdul Rahim, 42, yang juga pemilik sebuah agensi takaful di Subang Jaya itu oleh ahli keluarganya.
Iklan
Iklan
Mohd Iqbal
"Kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi (Rabu) ahli keluarga maklum dia (Junaida) berada di Kuantan.
"Hari ini (Rabu) dia akan balik ke Shah Alam untuk berjumpa pegawai penyiasat untuk diambil keterangan," katanya pada Rabu.
Iklan
Sebelum itu, polis menerima laporan kes yang dibuat kakak kandung wanita itu pada Isnin.
Mohd Iqbal berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah keluar rumah kira-kira jam 11 pagi, Jumaat lepas, dari kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam, Selangor.
Iklan
"Wanita yang masih bujang itu keluar ke tempat kerja namun gagal dihubungi sebelum kenderaan dinaiki jenis Mitsubishi Triton dijumpai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada Selasa," ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>