'Guna Bahasa Kebangsaan dalam paparan iklan'- DBP
Iklan
DBP dalam satu kenyataan memberitahu bahawa segala bentuk tindakan yang meremehkan Bahasa Kebangsaan tidak wajar dibiarkan.
SHAH ALAM - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menegaskan sebarang bentuk pengiklanan perlu menggunakan Bahasa Kebangsaan pada paparan iklan di tempat awam dan penamaan nama khas.
DBP dalam satu kenyataan berkata, tindakan berkenaan adalah selaras dengan arahan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT).
Iklan
Iklan
Menurutnya, perintah tersebut mewajibkan pengiklanan mematuhi peraturan dan arahan Undang-Undang Kecil Iklan tentang penguatkuasaan penggunaan Bahasa Kebangsaan pada paparan iklan di tempat awam dan penamaan nama khas.
"Sebagai rakyat Malaysia, segala bentuk tindakan yang meremehkan Bahasa Kebangsaan tidak wajar dibiarkan.
Iklan
"Semua pihak haruslah bersedia memikul tanggungjawab bersama untuk memastikan Bahasa Melayu pada kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan rasmi negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan kekecewaan dan kebimbangannya terhadap penggunaan meluas tulisan Cina di sebuah kompleks beli-belah Kuala Lumpur, yang menurutnya memberi kesan kepada identiti kebangsaan.
Iklan
Menurutnya, kehadiran ketara tulisan Cina di papan tanda mengatasi penggunaan Bahasa Kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu.
Mengulas lanjut, DBP memaklumkan bahawa pihaknya memandang serius tentang isu pengabaian Bahasa Kebangsaan pada paparan awam khususnya yang semakin hangat dan tular.
Sehubungan itu, DBP menawarkan khidmat pengesahan penggunaan bahasa kebangsaan pada paparan iklan.
"Ia boleh dicapai secara dalam talian melalui Sistem DBP Sah Bahasa (dbpsahbahasa.my) dan Khidmat Nasihat Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (KNDBP) bagi membantu masyarakat menyelesaikan pelbagai masalah bahasa.
"Sebagai rakyat Malaysia, segala bentuk tindakan yang meremehkan bahasa kebangsaan tidak wajar dibiarkan,” ujarnya.
Justeru, DBP berkata, semua pihak perlu bersedia memikul tanggungjawab bersama untuk memastikan Bahasa Melayu pada kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan rasmi negara.
Jelasnya, penggunaan Bahasa Kebangsaan yang baik dan betul mencerminkan budaya dan jati diri bangsa sekali gus mengangkat citra kebangsaan.
-tamat-
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>