Nelayan Vietnam ceroboh perairan negara, tak peduli musim tengkujuh
Iklan
Nelayan asing warga Vietnam dikesan tegar menceroboh perairan negara di Kelantan walaupun ketika keadaan laut bergelora.
PASIR PUTEH - Nelayan asing warga Vietnam dikesan tegar menceroboh perairan negara di Kelantan walaupun ketika keadaan laut bergelora pada Musim Monson Timur Laut (MTL).
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, pihaknya mengesan taktik digunakan oleh nelayan-nelayan asing itu berikutan beranggapan pihak berkuasa negara ini tidak melakukan rondaan kerana ombak besar.
Iklan
Iklan
"Mereka silap, sebab kami tetap menjalankan rutin rondaan malah dipergiatkan lagi semasa MTL kerana kami tahu mereka terus menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara.
"Seperti pada musim MTL lepas sekitar Januari, kami terjumpa dua nelayan hampir lemas dan hanya bergayut pada tong ikan di tengah-tengah laut di perairan Kelantan manakala bot mereka pula karam,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Maritim Negeri Kelantan di Tok Bali di sini pada Isnin.
Iklan
Menurut beliau, nelayan-nelayan itu diselamatkan oleh Maritim Kelantan dan menjadi bukti mereka memang menceroboh walaupun ketika musim tengkujuh.
Erwan Shah memberitahu, selain itu, pihaknya juga menggerakkan tindakan Pencegahan Operasi Mencari dan Penyelamat juga rondaan dari Pantai Geting Tumpat ke Pantai Nusuk, Kota Bharu.
Iklan
"Kami ambil langkah waspada dan mendekati bot-bot nelayan tempatan yang masih menangkap ikan ketika keadaan laut bergelora serta menasihati mereka supaya mengutamakan keselamatan.
"Tindakan juga melibatkan pemberitahuan kepada orang ramai yang mandi di pantai dan pengunjung-pengunjung chalet di kawasan pantai di Kelantan,” ujar beliau.
Katanya, keadaan laut ketika ini berangin dengan kelajuan 30-40 kilomter sejam dan ketinggian ombak 1.5 hingga 2.5 meter menyebabkan semua pihak perlu berhati-hati.
Tambah beliau, seramai 115 kekuatan anggota bertugas sempena MTL dengan aset tiga kapal berukuran 40 meter dan lima bot bersaiz 18 meter hingga 20 meter).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>