Rapid Bus nafi tawar pas perjalanan tanpa had RM14 selama enam bulan
Iklan
Syarikat pengendali perkhidmatan bas Rapid Penang, Rapid Bus Sdn Bhd menafikan ada menawarkan pas perjalanan tanpa had Pas Mutiara dengan harga RM14 selama enam bulan.
GEORGE TOWN - Syarikat pengendali perkhidmatan bas Rapid Penang, Rapid Bus Sdn Bhd menafikan ada menawarkan pas perjalanan tanpa had Pas Mutiara dengan harga RM14 selama enam bulan.
Rapid Bus menerusi satu kenyataan di sini berkata, promosi yang disebarkan melalui Facebook milik Pengangkutan Awam Pulau Pinang berkenaan tawaran pas itu adalah tidak sah dan bukan inisiatif yang dikeluarkan oleh Rapid Penang.
Iklan
Iklan
"Kami ingin menegaskan bahawa sebarang promosi atau tawaran yang melibatkan produk dan perkhidmatan Rapid Penang hanya akan diumumkan melalui saluran rasmi media sosial Rapid Penang sahaja.
"Rapid Bus juga ingin menegaskan bahawa tindakan pihak yang bertanggungjawab atas penyebaran maklumat palsu ini adalah salah di sisi undang-undang dan telah mencemarkan imej syarikat," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Ahad.
Iklan
Selain itu, Rapid Bus telah membuat laporan polis dan memohon orang awam berhati-hati dan tidak terpedaya dengan maklumat, iklan atau tawaran yang tidak rasmi.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>