Kestabilan terjamin melalui tadbir urus baik, pembanterasan rasuah - PM
Iklan
Anwar
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa keyakinan beliau terhadap kestabilan semasa dan masa hadapan negara, memetik peralihan politik yang positif dan sokongan orang ramai yang semakin meningkat terhadap kerajaan.
Dalam temu bual bersama Richard Quest daripada CNN baru-baru ini, Anwar menyatakan bahawa peralihan dalam sokongan orang ramai, terutamanya daripada orang Melayu Islam luar bandar kepada parti kerajaan sejak kebelakangan ini dan pilihan raya kecil baru-baru ini.
Iklan
Iklan
"Saya rasa stabil buat masa ini dan untuk masa akan datang,” kata Anwar sambil menambah bahawa peralihan sokongan mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat dalam pendekatan pentadbirannya.
Petikan daripada temu bual telah dikongsi oleh Quest dalam akaun X.
Iklan
Bagaimanapun, Anwar berkata kestabilan itu tidak boleh digunakan untuk mengukuhkan elitis politik, sebaliknya untuk menjaga kepentingan rakyat.
"Adalah penting untuk memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kestabilan ini adalah untuk mereka,” katanya sambil menyatakan keperluan untuk dasar yang jelas dan cekap, serta tumpuan kepada tadbir urus yang baik,” kata beliau.
Iklan
Anwar berkata agenda beliau untuk membanteras rasuah secara berterusan itu, diibaratkan sebagai satu perjuangan beliau untuk negara. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>